
Apabila Sistem Maklumat Murid (SMM) telah mempunyai data, saya membina pula Sistem Pengurusan Peperiksaan (SPP). Melalui sistem ini guru-guru tidak lagi perlu menulis nama murid sebaliknya hanya perlu memasukkan markah sahaja.
SPP mengurus kemasukan markah Ujian Pertengahan Tahun dan Akhir Tahun. Semua mata pelajaran diuji dalam kedua-dua ujian ini termasuklah Muzik, PJPK, Kajian Tempatan, Sivik dll. Markah-markah dimasukkan oleh guru-guru mata pelajaran secara online kerana kemudahan Local Area Network (LAN

Setelah semua markah telah dimasukkan, beberapa analisis dan report dapat dikeluarkan oleh sistem ini. Antaranya ialah Marksheet, analisis Minimum C dan Mata Pelajaran. Analisis-analisis pula dapat dieksport dalam format excel atau word sekiranya ubah suai hendak dilakukan.
Dengan menggunakan sistem ini pihak sekolah tidak perlu membuang masa yang banyak untuk membuat analisis kerana sistem ini mampu mengeluarkan keputusan dengan tepat, pantas dan bermutu. Guru-guru boleh mengambil tindak susul untuk memperbaiki kelemahan murid menjawab ujian yang lepas dengan pantas. Tindakan yang pantas sangat memberi manfaat kepada murid-murid.
Sekolah yang berminat menggunakan sistem ini perlu juga menggunakan SMM. Kerana itu kedua-dua sistem ini telah dipakejkan dengan harga RM700.00.